Thursday 19 May 2011

MenGApakah LanGit BeRWArNA BirU??

Cahaya yang kita terima di Bumi di siang hari berasal dari Matahari. Cahaya dari Matahari berwarna putih. Jika kita uraikan, cahaya putih ini menggunakan prisma maka kita akan mendapatkan warna pelangi. Ini menunjukkan cahaya putih Matahari terususun dari warna-warna.

 Cahaya putih matahari sebelum mencapai permukaan Bumi terlebih dahulu harus berhadapan dengan partikel-partikel yang menyusun atmosfer Bumi. Oleh atmosfer Bumi, cahaya biru akan dihamburkan ke segala arah. Cahaya lain sebenarnya juga mengalami penghamburan, namun hamburannya lebih sedikit sehingga intensitasnya dikalahkan oleh hamburan cahaya biru. Hamburan cahaya biru ini lah yang kita amati sebagai langit yang berwarna biru.

Percubaan sederhana untuk menyimulasikan penghamburan ini dapat kita lakukan dengan segelas sirap. Buatlah ramuan sirap, misalnya sirap jeruk yang berwarna kuning di air lalu bawa ke tempat gelap. Di tempat gelap, nyalakan lampu dan arahkan ke arah air. Jika kita perhatikan, cahaya lampu yang berwarna putih akan bertukar menjadi warna kuning ketika melepasi cecair  sirap. Warna kekuningan oleh cecair sirap adalah hasil pemendaran cahaya lampu oleh partikel-partikel sirap.

Hamburan cahaya seperti pada percubaan diatas juga pada atmosfer disebut hamburanRayleigh.

Saturday 7 May 2011

~KhaSiAt SusU KAcAng SoyA~

Tahukah anda bahawa kacang soya kaya dengan kandungan protein. Malah kandungan proteinnya yang tinggi tiada bezanya dengan protein yang terkandung dalam daging dan susu. Ia juga mengandungi Vitamin A, B1, B2 dan elemen mineral yang lain serta kandungan karbohidrat kompleks yang tinggi berbanding susu lembu. 10 peratus protein harian (berdasarkan saranan pengambilan nutrien  yang membantu membina dan membaiki tisu badan. Susu kacang soya ini juga adalah tanpa kolesterol, boleh diminum sentiasa kerana ia tidak akan meningkatkan kadar kolesterol anda, selain rendah lemak dan tidak mengandungi pengawet.

Wednesday 13 April 2011